Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Sunday, 10 April 2016

Pakej Aqiqah dengan Wakaf percuma!


Alhamdulillah... kita menjalani bulan-bulan kemuliaan Rejab Syaaban Ramadan sebelum ke Syawal. Kami membuka peluang untuk turut serta bersama kami. Setiap pembelian ekor kambing pada harga biasa, akan mendapat 1 kaki persegi wakaf tapak bangunan tahfiz Pondok Tahfiz Moden Saadah Addarain di Telok Panglima Garang.

Pakej ini sah sehingga akhir Ramadan nanti, Insha Allah.

Idea ini bermula apabila keinginan meluap-luap untuk membantu mempercepatkan terbinanya bangunan tahfiz yang baru di sini. Peluang mewakafkan tapak yang terbuka, kami bawa anda bersama kami untuk menjayakan misi. Insha Allah.

Dua ibadah dalam satu...insha Allah.

Monday, 2 March 2015

Hukum Ibadah Aqiqah



Pelaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua (2) ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor (1) kambing - Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua (2) ekor kambing dan anak perempuan dengan seekor (1) kambing - Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban.

Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara iaitu anak lelaki dan perempuan disyariatkan supaya dilaksanakan ibadah aqiqah, dan perbezaan jumlah kambing yang perlu diaqiqahkan ialah dua untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan.

Wallahualam.


FarmBerry di sini...

© FarmBerry Network | Design By MH