Monday 2 March 2015

Hukum Ibadah Aqiqah



Pelaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua (2) ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor (1) kambing - Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua (2) ekor kambing dan anak perempuan dengan seekor (1) kambing - Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban.

Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara iaitu anak lelaki dan perempuan disyariatkan supaya dilaksanakan ibadah aqiqah, dan perbezaan jumlah kambing yang perlu diaqiqahkan ialah dua untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan.

Wallahualam.


No comments:

FarmBerry di sini...

© FarmBerry Network | Design By MH