Wednesday 14 December 2016

Gamatnya FarmBerry di MAHA 2016

Pucuk dicita ulam mendatang.

Begitulah kami apabila menerima jemputan untuk exibition selama 11 hari di MAHA 2016. Impian kami di awal wujudnya FarmBerry adalah untuk berdiri bersama di acara berprestij industri tani dan ternakan ini. Profile syarikat bertambah rancak saat kami menjadi sebahagian keluarga acara ini. Kami ditawarkan untuk mempamerkan baka-baka kambing tulen bersama sifu dan sahabat Pembaka Tulen dari Salak Tinggi, Sepang. Kami kongsikan sebahagian detik-detik indah di sana!


Persiapan sehari sebelum MAHA 2016 berlangsung.

KAmi kongsikan gambar-gambar sepanjang 11 hari berkampung di MAHA 2016 :











Sunday 10 April 2016

Pakej Aqiqah dengan Wakaf percuma!


Alhamdulillah... kita menjalani bulan-bulan kemuliaan Rejab Syaaban Ramadan sebelum ke Syawal. Kami membuka peluang untuk turut serta bersama kami. Setiap pembelian ekor kambing pada harga biasa, akan mendapat 1 kaki persegi wakaf tapak bangunan tahfiz Pondok Tahfiz Moden Saadah Addarain di Telok Panglima Garang.

Pakej ini sah sehingga akhir Ramadan nanti, Insha Allah.

Idea ini bermula apabila keinginan meluap-luap untuk membantu mempercepatkan terbinanya bangunan tahfiz yang baru di sini. Peluang mewakafkan tapak yang terbuka, kami bawa anda bersama kami untuk menjayakan misi. Insha Allah.

Dua ibadah dalam satu...insha Allah.

Sunday 13 December 2015

PAKEJ GOLEK & MASAKAN DI FARMBERRY


Kami senaraikan pakej yang ditawarkan. Jika anda berminat, boleh terus hubungi 0127241433 Fahmy / 0142234786 Imm.


*Caj penghantaran ialah RM50.00 sahaja.





Monday 2 March 2015

Hukum Ibadah Aqiqah



Pelaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua (2) ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor (1) kambing - Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua (2) ekor kambing dan anak perempuan dengan seekor (1) kambing - Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban.

Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara iaitu anak lelaki dan perempuan disyariatkan supaya dilaksanakan ibadah aqiqah, dan perbezaan jumlah kambing yang perlu diaqiqahkan ialah dua untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan.

Wallahualam.


Homemade Fresh Goat Milk - Susu Kambing Segar !



Susu kambing segar kami telah melalui proses pempasteuran bagi memastikan ia selamat diminum. Produk susu ini dijual dalam botol 200mls. 

Harga sebotol susu segar kambing ialah RM 5.00

Susu ini lebih tahan lama jika disimpan didalam peti sejukbeku (frozen) - sehingga 3 bulan.

Penghantaran susu di sekitar Lembah Klang hanya untuk tempahan lebih 30 botol sahaja.

Susu segar kami boleh terus diminum atau dicampur dengan pelbagai perasa manis seperti coklat, strawberry dan lain-lain mengikut citarasa anda, bahkan boleh digunakan dalam masakan!



Kebaikan susu kambing termasuklah :

1. Enzim dan kebaikan susu ini paling hampir menyamai susu ibu. (Pilihan terbaik selepas susu ibu!)

2. Merupakan sumber protein lengkap yang mengandungi keperluan asas acid amino pada tubuh.

3. Mudah dihadamkan berbanding produk susu lain. Bagi mereka yang mempunyai alahan pada susu atau intolerant cow milk boleh mengambil susu kambing kerana ia tidak mengandungi Alpha S1 casein protein yang menyebabkan alahan.

4. Amalan sunnah Nabi S.A.W




FarmBerry di sini...

© FarmBerry Network | Design By MH